Isnin, Disember 13, 2010

Jom Mengenali Makanan

Makanan ialah sebarang bahan pejal atau cecair yang boleh dimakan dan diterima oleh tubuh kita. Makanan mempunyai pelbagai sifat tertentu dari segi rupa, rasa, tekstur dan warna. Sifat wajib bagi makanan ialah mengandungi sekurang-kurangnya satu komponen  nutrien di dalamnya. Sebagai contoh ialah nasi yang hari-hari kita makan mengandungi nilai karbohidrat yang tinggi. 

Makanan boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan besar iaitu:
1)  Makanan Pembina tubuh
Makanan yang membina dan memulihkan sel-sel tubuh badan yang rosak. Sebagai contoh ialah makanan dari kumpulan protein seperti ikan, ayam dan susu.

2)  Makanan pemberi tenaga
Makanan yang memberi kekuatan kepada kita untuk melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan. Makanan jenis ini juga penting untuk gerakan jantung, pernafasan dan perkumuhan. Contoh makanan pemberi tenaga ialah seperti nasi yang mengandungi karbohidrat dan lemak.

3)   Makanan pemberi perlindungan
Makanan  ini memberi kekuatan kepada system tubuh badan agar kuat dan bertahan melawan penyakit melalui cirri-ciri perlindungan yang ada. Contoh makanan pemberi perlindungan ialah dari jenis buah-buah dan sayur-sayuran yang mengandungi pelbagai jenis nutrien.

Selepas ini kalau ada yang bertanya "apakah yang dimaksudkan dengan makanan?". Jawapannya kamu sudah ada!!

2 ulasan:

  1. apakah contoh gizi seimbang ..?

    BalasPadam
  2. Citizen Promaster Titanium 2021 - TikTok
    The first feature of titanium price the free casino that tittanium is called Citizen Promaster is the free play cerakote titanium mode that allows you to play a lot more without polished titanium having to download an app or titanium 3d printing

    BalasPadam