Isnin, Disember 13, 2010

Apa itu Nutrien?

Terdapat pelbagai jenis nutrien yang terkandung di dalam sesuatu makanan yang kita makan dalam sehari. Namun tahukah kita apakah sebenarnya yang dikatakan dengan istilah “nutrien” ini? Nutrien sebenarnya satu komposisi kimia yang berada di dalam sesuatu bahan makanan. Makanan yang kita makan boleh diibaratkan sebagai agen  perantara yang bertindak menyampaikan bahan kimia tersebut kepada tubuh badan kita.

Nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan kita boleh dikategorikan kepada 5 kumpulan  iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan garam minarel. Nutrien-nutrien inilah yang membantu tubuh badan kita supaya sentiasa sihat dan cergas sepanjang masa.

Bagaimana nutrien terhasil?? Nutrien terhasil daripada gabungan elemen-elemen seperti karbon, oksigen, hidrogen, nitrogen dan sulfur. Pengambilan nutrien untuk tubuh badan perlulah seimbang  iaitu dalam kuantiti tertentu. Pengambilan makanan yang seimbang ini boleh diterjemahkan sebagai “diet seimbang”. Segala jenis nutrient yang kita makan akan dicernakan oleh badan kita melalui satu tindak balas kimia iaitu  metabolisma.

15 ulasan:

  1. x padat langsung

    BalasPadam
  2. bila kte bercakp prlukn ilmu. namun begitu juga dgn apbila kte hndk menyebarkn apa2 ilmu mlalui intrnet , scara lisan dan sebgainya . kte prlu ad ilmu yg tepat , padat n yg pling pnting ianya adalh fakta !

    BalasPadam
  3. tak padat langsung. isi kurang jelas.

    BalasPadam
  4. ok jeeee….setiap orang ada tahap penerimaan yang berbeza, yang ni pun sudah memadai untuk saya.

    BalasPadam
  5. Boleh x...klu di masukkan isi2 yg lnkap...

    BalasPadam
  6. Ok la tu,rasanya dia tulis ringkas ja tu,sekurang kurangnya kita tahu yg makanan seimbang ni penting,kena makan bermacam macam jenis la, terutamanya yg sihat sihat

    BalasPadam
  7. Ok la tu,rasanya dia tulis ringkas ja tu,sekurang kurangnya kita tahu yg makanan seimbang ni penting,kena makan bermacam macam jenis la, terutamanya yg sihat sihat

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. Dlm blog Ni mengatakan segala nutrients yg Kita AMBIL akn dicernakan.
    Adakah tetmasuk nutrients and minerals?
    Setahu Saya mineral Dan bit tk perlu dicernakan sbb saiznya dah cukup kecil to pass through plasma membrane cell

    BalasPadam